Selasa, 24 September 2013

kek lapis chese sedap

Macam yang korang baca pada tajuk entry ni , kali ni aku nak share resepi kek lapis cheese paling sedap di dunia ! Yes aku tak tipu . Sila mengaku jujur siapa kat sini suka dengan cheese ? Maksud aku hantu cheese ? Pantang dia jumpa cheese , nak makan semua . Siapa ? Siapa ? Ada tak ? Hahaha . Kita satu kepala !!
Untuk pengetahuan korang, resepi ni sangat simple , dan kalau nak beli bahan2nya pun cuma RM40 ke bawah . Aku boleh jamin takkan lebih dari RM40 punya . Dan apa yang istimewanya pasal kek ni ialah bahan2 yang sikit , rasa yang sangat sedap dan cara yang mudah untuk membuatnya . Kenapa aku kata senang ? Sebab apa kek ni tak perlu nak bake pun ! Haaa jimat gas kat rumah ko . Hahaha
Okay , ni saja bahan2nya. Simple dok? Sangat simple!

1 Tin rendah susu cap junjung (boleh adjust kemanisan ikut suka hati korang. kalau nak kurang manis, guna setengah tin je ok?)
1 Tin/kotak kecil nestle cream (macam mana rupa dia? rujuk je gambar kat atas senang)
1 Kotak fresh milk dutch lady (tak pakai habis pon fresh milk ni. pakai sikit je. lebihnya nanti korang boleh minum)
3 bungkus roti saltcheese (roti ni aku tak tahu kalau kat semenanjung ada. kat miri sarawak banyak! korang boleh ganti kot dengan roti jenama lain. aku dengar, ada orang pakai roti biskut marie pun sedap jugak! cubalah ye. )
Tatura Cream Cheese (Seperti gambar di bawah)


Cara nak buat pulak : hancurkan  chese, putar ketiga2 bahan hinga sebati...

3. Yeah ! Sudah pun sebati . Sekarang korang tuang sikit Dutchlady Fresh Milk ke dalam mangkuk . Lepas tu , ambil roti saltcheese , celup roti saltcheese ke dalam susu fresh milk , barulah di susun ke dalam loyang/acuan .


4. Okay , lepas korang susun roti saltcheese , korang lapis dengan adunan cheese tadi di atas roti saltcheese . Lepas dah habis lapis guna cheese , korang ulang lagi langkah nombor 3 iaitu susun roti saltcheese tu balik . Cisss ! Asyik ter"cis.. ciss" je aku dalam entry ni ye .


5. Okay , bila dah habis melapis , korang tutup acuan korang dengan aluminium foil . Lepas tu letak dalam peti sejuk semalaman supaya kek korang jadi keras . So hasilnya akan jadi macam ni :

Slrppp ! Sedap gila . Aku baru je habis makan kek cheese ni dengan kek horlick hitam . Kek horlick hitam tu pun senang jugak nak buat , bahan pun sikit je , dan rasa memang sedap !!


Selamat mencuba !


2 ulasan:

Unknown berkata...

mmg senang gilew nk buat.... hehehh tp nak mencari brg tue mcm ssh nk ingat bila pegi mall. hehehh btw thnx ^^

Unknown berkata...

sama-sama..sedap juga.:)