Khamis, 11 Oktober 2012

Info tentang RAHIM WANITA.


Info tentang RAHIM WANITA.....like jika ianya memberi INFO pd anda......
info JSD....

Turunkan Rahim:

- Kedudukan rahim boleh beranjak iaitu 'terlalu tinggi' atau 'jatuh'.
- Istilah rahim 'terlalu tinggi' adalah rahim berada terlalu jauh iaitu kedudukannya tinggi seakan-akan di perut.Kebanyakkan wanita tidak pasti sama ada rahim mereka tinggi atau tidak. Biasanya rahim yang tinggi sukar hamil dan perlukan urutan traditional. Antara petanda rahim terlalu tinggi adalah...tidak berasa selesa di bahagian antara perut dan rahim. Jika dirujuk kepda doktor pakar sakit puan juga ia memerlukan urutan tradisional untuk membetulkan kedudukan rahim tersebut.

Naikkan Rahim:

- Punca rahim 'jatuh' ialah apabila sesorang wanita yang sering membuat kerja-kerja berat tetapi TIDAK dengan cara yang betul.
- Kita juga sedia maklum semasa di bangku sekolah iaitu cara-cara posisi yang betul. Contohnya mengangkat benda yang berat dengan posisi dan cara yang selamat iaitu dengan menegakkan tulang balakng manakala kaki seakan ingin duduk. Semasa mengangkat benda berat hendaklah menahan nafas dan JANGAN tarik dan hembus nafas ketika itu.
- Tanda-tanda rahim jatuh ini adalah rahim terasa sakit dan ngilu di bahagian rahim.

Rahim Kembang:

- Jangan ketawa bila terdengar Rahim 'kembang' kerana kebanyakkan wanita sekarang mengalami masalah ini dan tidak sedar akan masalah ni.
- Puncanya ialah sering minum air sejuk. PANTANG: air batu, timun, kekacang dll.
- Petandanya ialah ms V longgar,  keputihan yang tidak menyenangkan, sering buang air.

1 ulasan:

9n0L4 berkata...

nice sharing. ;)