Selasa, 15 Oktober 2013

Banyak kali test ujian kesuburan sampi berabis duit :(

Saya dah cek dalam 4 kali masih ada 2 line jarak dalam 1 minggu ini..cuma tunggu ujung bln ni kita tengok ada berita gembir ke tak ..



ni saya amik dari ibu hamil utk tatapan bakal2 nk jadi iu seperti saya yg sukar untuk mengetahui waktu subur..

Jom baca..

Adakalanya wanita mengalami masalah hormon yang tidak seimbang atau mempunyai lebih hormon lelaki. Salah satu masalah wanita adalah ketidakstabilan hormon yang membawa kepada masalah sukar untuk hamil. Wanita biasanya memerlukan empat hormon penting bagi kitaran haid yang berlaku setiap bulan. Pergerakan dan keseimbangan keempat-empat jenis hormon ini membuatkan seseorang wanita datang haid. Jadi di atas sebab-sebab tertentu, hormon wanita menjadi tidak stabil menyebabkan pengeluaran telur menjadi kurang. 


Sistem kesuburan wanita disebabkan banyak punca, misalnya organ ovari yang besarnya hanya 2.5 hingga 3 cm mempunyai fungsi yang besar seakan-akan testis bagi lelaki. Kekurangan hormon wanita menyebabkan wanita ditumbuhi bulu-bulu halus di wajah seperti misai. Hormon wanita yang seimbang amat penting dalam menyerlahkan ciri-ciri kewanitaan.


4 hormon yang terlibat dalam kesuburan wanita.
  • FSH  - bertindak ke atas ovari bagi membantu telur membesar
  • LH   -  membantu memecahkan telur menjadi ova dan bergerak ke tiub Fallopia utk persenyawaan.
  • Estrogen  -  menyediakan tempat selesa dan sesuai utk telur membesar
  • Progesteron   -  menyokong janin agar dapat membesar dgn baik
FSH dan LH dirembeskan dari kelenjar pituitari di otak untuk bertindak ke atas ovari. Manakala estrogen dan progesteron pula dikeluarkan dari ovari dan kelenjar adrenal di puncak buah pinggang. Antara sebab empat hormon utama tidak seimbang adalah pemakanan tidak teratur atau produk kesihatan tidak sesuai menyebabkan hormon lelaki semakin tinggi dan hormon wanita berkurangan.Ini akan menyebabkan SIndrom Polisistik Ovari atau Polycstic Ovarian Syndrome (PCOS). Biasanya setiap bulan satu telur membesar dengan bantuan hormon FSH dan pada masa yang sama, rahim tidak mengeluarkan hormon tetapi mendapat arahan daripada ovari. Organ rahim menerima arahan ovari dan menyediakan tempat selesa dan sesuai seakan tilam yang diuruskan oleh hormon estrogen.
Apabila telur membesar sehingga 2cm, LH akan membantu memecahkan telur menjadi ova dan bergerak ke tiub Fallopia di mana persenyawaan berlaku. Selepas persenyawaan secara semulajadi berjaya, ia akan bergerak dan menetap di tilam rahim", Kata Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran
Sementara itu hormon progesteron akan menyokong janin agar dapat membesar dengan baik. 

Punca hormon lelaki meningkat pada wanita

  1. Pemakanan
  2. gaya hidup
  3. usia hamil yg meningkat
  4. penyakit seperti diabetes yg menyebabkan hormon lelaki meningkat lebih drpd biasa
Bila salah salah satu hormon terganggu ini akan menyebabkan wanita sukar hamil dan mudah mengalami keguguran. Bagaimanapun terdapat beberapa hormon lain yang boleh memberikan kesan kepada kesuburan"-
  1. Hormon tiroid yang tidak stabil boleh menyebabkan hormon FSH/LH tidak stabil.
  2. Hormon insulin yang dikeluarkan oleh pankreas bertugas menghadamkan gula dalam darah. Diabetes akan menyebabkan pengeluaran insulin rendah dan gula tidak dapat dihadamkan tetapi masuk ke dalam aliran darah dan bukan ke organ yang memerlukan. Ini memberikan kesan buruk kepada fungsi ovari.
  3. Hormon prolaktin biasanya dirembeskan dari kelenjar pituitari berfungsi untuk mengeluarkan susu ibu. Apabila ibu sedang menysusu, paras prolaktin adalah tinggi dan mereka biasanya tidak di datangi haid. Wanita dengan prolaktin tinggi akan menyebabkan pusingan haid menjadi kacau bilau. Tempoh pusingan haid normal bagi seorang wanita adalah 24 hingga 35 hari.
  4. Obesiti juga boleh menyebabkan hormon tidak stabil maka wanita perlu mempunyai berat badan yang ideal.
  5. Stress atau tekanan biasanya akan menyebabkan pengaliran darah semakin laju dan jantung berdegup kencang. Ketika stress darah akan mengalir ke organ penting seperti otak dan jantung. Darah akan kurang mengalir ke organ lain seperti ovari.
Rawatan:
Kebiasaannya pesakit akan di diagnosis mengenai sejarah kesihatan, menjalani pemeriksaan hormon dalam darah dan ujian ultrasound. Jika persenyawaan semulajadi tidak berjaya terdapat kaedah alternatif seperti:

IUI adalah satu kaedah di mana benih suami yang telah dibersihkan/diproses disuntik ke dalam rahim melalui faraj pada waktu isteri sedang subur.

ICSI di mana ia dapat mengatasi masalah sperma atau kadar persenyawaan lemah. Kaedah in hanya memerlukan satu sperma untuk disuntik ke dalam ovum dan persenyawaan berlaku secara manual.

IVF di mana telur disenyawakan dengan sperma secara manual dalam tabung uji makmal. Embrio yang terhasil akan dimasukkan ke dalam rahim melalui tiub dan dapat membantu wanita yang mempunyai masalah tiub fallopia.

Tiada ulasan: