Ahad, 27 April 2014

pengelaman minum air gula semasa mengandung.

Minggu 11

15/4/14 - minum air gula.

Awal pagi dalam pukul 7.30 kate dah tercongok dekat klinik lima kedai JB. Ramai juga ibu2 mengandung yang sama dengan kate hari tu kira2 dalam 25 orang..jenuh juga tunggu lama..

STEp minum air gula..

* cek air kencing ( kate bawa dari rumah air kencing awal pg semasa bangun) bagi kat nurse..
* Cek darah rendah ke tinggi kate masa tu tinggi 132/80 ..tak tahu kenapa boleh tinggi sebab takut kot..he..he..first time cek ibu mengandung tu yg bedebar2 jantung..huh...
*Timbang berat badan 53.9kg turun..semasa buat buku pink hari tu 54.6kg..morning sickness teruk tu yg berat turun..

Nurse suruh duduk tunggu pangilàn utk minum air gula je..1 jam kate tunggu baru nurse pangil nama.

Nurse ambil darah sebelum minum air gula untuk tengok bacaan gula berapa..
tinggi juga dalam 8 bacaan gula tu...
Nurse bagi 1 gelas besar air gula .mareka bagi amaran jangan dimutah kan balik nanti tambah 1 gelas lagi..adoi!! dah selesai minum air gula kate kena tunggu 2 jam untuk ambil darah sekali lagi lepas minum berapa bacaan gula ..dan setelah siap dlm jam 11.30 kate pulang ke rumah..bacaan terakhir gula tu nurse akan call keesokan nya..

setakat ni je la pengelaman minum air gula..




Tiada ulasan: