Mengenai Saya

Khamis, 4 April 2013

LPPKN

Nak kongsi sikit mengenai LPPKN. Tahu ape LPPKN. LPPKN ni adalah singkatan untuk Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. LPPKN ni selain membantu golongan yang sukar mendapat anak untuk memperolehi cahaya mata (sub-fertility), pon membantu juga golongan yang ingin merancang keluarga.

Aku pon termasuk dalam golongan yang sukar memperolehi cahaya mata. Golongan Trying to conceive (TTC). aku nak share bagi sesiapa yang terbaca blog ku ini yang ingin tahu dan ingin memperolehi zuriat. Actually, boleh jugak sebenarnya nak appointment dengan pakar O&G di hospital-hospital kerajaan murah, kalau kakitangan awam boleh dapat free kalau swasta lain sikit harga nya , tapi kena tunggu lama sikit la. LPPKN ni still bawah subsidi kerajaan tapi kena bayar sikit la, keistimewaannya tak payah tunggu la berbulan-bulan nak jumpa doktor. Murah sikit la daripada jumpa O&G Private sepenuhnya. Cuma, LPPKN terima pasangan yang telah setahun berkahwin. Tu je syaratnya. Heheh. Lom sampai setahun dia suruh cuba natural dulu, kecuali umur anda telah mencecah 30 tahun. 6 bulan kawen dah cukup.kena buat appointment dahulu . walau pun lama tapi kena sabar je lah..



STEP 2:
  1. Pergi la ke LPPKN seperti masa dan tarikh yang ditetapkan oleh LPPKN, biasanya hari ke 2 atau ke 3 period.
  2. Beritahu tempoh perkahwinan anda.
  3. Ceritakan sejarah kesihatan diri anda dan suami serta kesihatan keluarga kedua-dua belah pihak.
  4. Bagi perempuan, perlu detailkan berapa lama tempoh period anda, macam mana flow, ada senggugut ke, berapa hari heavy flow dan sebagainya.
  5. Bagi suami, beritahu kalau sebelum ni pernah sakit berkaitan virus (cth: chicken pox yang lama, atau beguk) atau ade tiriod ke tak.
  6. Nurse akan ambil darah isteri untuk pemeriksaan tahap estrogen dalam darah dan hormon LH dan dan FSH dan yang sewaktu dengan nya.
  7. Ambil darah suami untuk tahu HIV dan ada masalah darah yang mengganggu kesuburan atau tak.
  8. Nurse akan suruh suami keluarkan benih secara manual (samada dengan bantuan isteri atau tak) dalam bilik khas untuk sperm analisis. Tapi kena make sure anda telah tidak bersama selama 3 hari. Kalau lama sangat dah tak bersama pon tak boleh jugak, kalau telah bersama kurang 3 hari pon tak boleh jugak. Kalau masa ni korang tak boleh nak proceed untuk buat  suami. Takpe, next appointment, dia akan pesan untuk tidak bersama suami selama 3 hari sebelum tarikh appointment tu.
  9. Nurse akan pesan untuk membuat HSG di klinik-klinik tertentu dengan bayaran tertentu pada hari ke 8 hingga 11. Kalau dekat JB 2 pilihan. Regency Hospital (RM180) atau Wisma Maria (RM250). Aku  tulis dalam step 1 kat atas bila hari period pertama je buat appointment HSG ye. Takut penuh. hehe.
  10. Kemudian boleh buat bayaran pendaftaran dan nurse akan bagi kad appointment.
STEP 3:
  1. Pada appointment kedua, kena ambil darah lagi untuk isteri sahaja.
  2. Suami yang belum buat SA bagi yang missed SA pada appointment pertama akan buat SA masa ni.
  3. Buat bayaran less than RM 100.
  4. Nurse akan suruh call pada hari pertama next period untuk appointment dengan doktor. Jangan lupa call.
STEP 4:
  1. Day 1 next cycle period: Call LPPKN untuk appointment doktor.

STEP 5: 
  1. Appointment ke 3 LPPKN, pertama bersama doktor. :)
  2. Doktor akan terang semua result-result ujian darah yang ada serta result SA suami.
  3. Selain tu maybe doktor akan scan untuk tengok ada fibroid atau cyst ke tak ye. (sesiapa yang tak pernah jumpa doktor sebelum ni la), untuk PCOS dia boleh detect melalui ujian hormon LH dan FSH tu. nanti doktor akan terangkan jangan risau ye. 
  4. Kalau tiada masalah rumit dengan suami atau isteri, doktor akan terus proceed dengan clomid dahulu bergantung dengan tahap hormon isteri. Tapi selalunya dia akan mula dengan dos rendah la, kalau hormon sangat rendah pon paling tinggi dia akan mula dengan sebiji clomid sehari. Untuk mengelakkan ovari teroverstimulated. Bahaya ye. So jangan ambil clomid tanpa nasihat pakar. Ni doktor LPPKN ni bagitau sebab ada sesetengah doktor klinik-klinik biasa terus bagi high dosage. Doktor tak tahu macam mana tahap hormon dalam badan ni mengstimulate kan kilang telur untuk mengeluarkan telur. Ada yang bantu sikit dengan dos clomid yang kecik je, terus aktif keluarkan telur, so selamat dengan mula dengan dos kecik dulu. Ada yang mula dengan half pil per day tau. maksudnya 25gm sebab paling kecik dosage adalah 50mg per pil. sebab tahap hormon dalam badan dia takde la kritikal sangat. Macam aku ni, hormon badan low sangat hasil dari result darah dan cycle period aku yang lama more than 35 days,  so dia bagi 50gm untuk 5 days je, nak tengok tindak balas badan sue dengan clomid, Alhamdulillah, dengan dos yang kecik, my body terima dan ovary diransang untuk ovulate pada masa yang normal. less than 35 day masa sue makan clomid 1st cycle tu. Boleh tengok dekat sidebar ni. 1st time dengan clomid cycle aku 33 hari je.
  5. Selalunya kalau suami takde masalah, doktor akan bagi clomid dan suruh cuba natural dulu. lepas beberapa cycle dengan clomid dia akan suggest IUI pulak. 
  6. Tapi kalau suami ada masalah sikit, dia akan suruh proceed dengan IUI terus je. sebab chance lebih tinggi sebab dia akan pilih benih terbaik je nak masukkan dalam rahim isteri.
Aku rasa sampai part ni je kot sama. Step lepas-lepas ni bergantung dengan jenis rawatan masing-masing la. All the best.





Catat Ulasan