Khamis, 4 April 2013

BBT (Basal body temperature).

Untuk Mengesan waktu subur - BBT (Basal body temperature). 





Aku dah beli 1 dah kat watson murah je cuma rm15.00 je..Kalau yang 2 tempat perpuluhan mahal sikit ada yang cecah RM5+.++. Juga boleh dapat di Watson atau Guardian, 
suhu asas badan (BBT) -Terdapat banyak cara untuk mengetahui kesuburan anda. Salah satunya ialah melalui catatan suhu badan asas anda atau BBT (Basal body temperature). Tujuan carta BBT ialah untuk mengetahui bila ovulasi akan berlaku. Ia sangat berguna kepada mereka yang cuba untuk hamil, mengelak dari hamil atau untuk mereka yang cuba memahami fisiologi badan mereka. BBT lebih senang diukur dengan termometer yang khas untuk mengukur BBT ini.

Thermometer 2 decimal ini adalah sesuai digunakan untuk mencatat BBT chart seperti di fertilityfriend.com, myfertilitycharts.com, gardenoffertility.com dan sebagainya.

CARA-CARA PENGGUNAAN THERMOMETER BBT CHART:

macam guna thermometer biasa. Tekan butang ON atas thermometer. Pastu bila dia display suhu 35.8 or -- celcius dan apabila semua simbol keluar dekat die punye skrin. Letakkan thermometer yang sebelah hujung yang runcing yang kaler silver tu di bawah lidah didalam mulut. Tunggu sehingga thermometer mengeluarkan bunyi bip bip bip 3kali. Kemudian keluarkan thermometer dan catatkan suhu anda.

Bila waktu yang sesuai untuk ambil suhu asas badan ni?
Waktu yang paling ideal atau terbaik untuk ambil suhu asas badan ini adalah sebaik sahaja bangun tido sebelum bangun dari katil iaitu sebelum melakukan apa-apa aktiviti termasuklah gosok gigi.

1 ulasan:

Unknown berkata...

terima kasih utk info ... yana g farmasi nk beli alat uji waktu kesuburan. tapi org tue bagi alat yg mcm nk test hamil tue ... huhuhhh beli yg mcmnie lg ok kot .. boleh guna selalu. yg tue guna pakai buang ... rugi2