Khamis, 4 April 2013

KUIH SRI MUKA


KITA GUNA ACUAN LOMPANG, Saje suka suka hehehe)

KUIH SRI MUKA

BAHAN BAHAN

BAHAN LAPISAN BAWAH
250 gram beras pulut
200 ml santan (sederhana pekat)
1 sudu teh garam
2 sudu teh minyak masak

BAHAN LAPISAN ATAS

60 gram tepung gandum*
1 1/2 sudu besar tepung jagung*
70 gram gula pasir
1 biji telur Gred A
225 ml santan pekat
1/2 sudu teh garam
150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)
Pewarna hijau(ikut suka nak bubuh ke x,sebab dah guna daun pandan,dah dpt warna hijau)

Cara membuatnya

LAPISAN BAWAH

Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit
Toskan beras pulut(sekejap je)
Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam acuan lompang
Kukus selama 15 minit
Keluarkan acuan lompang dari periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat
Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas

LAPISAN ATAS

Ayak bahan2 bertanda*
Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander
Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak
Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih
Sejukkan betul2 sebelum keluarkan dari acuan lompang.Siap

Tiada ulasan: