Khamis, 4 April 2013

Kuih Ketayap @ kuih gulung


Kuih Ketayap

Bahan

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan air suam
1 sudu teh garam
sedikit minyak utk disapu pada non-stick pan

Inti

1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/ tepung jagung

Cara Penyediaan

Untuk inti
Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan
Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya.
Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah.
Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat.
Buang daun pandan tadi.

Untuk dadar

: Satukan semua bahan dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul.
:Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak .
:masuk kan 1 senduk adunan dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.:
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)
 — 

Tiada ulasan: