Khamis, 4 April 2013

Jerawat ketika hamil


Bintik-bintik dan jerawat semasa hamil

Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat. Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit anda anjal. Namun terlalu banyak sebum dihasilkan boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk.

Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak. Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah ini lebih teruk.

Elakkan juga dari menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor. Sesetengah krim seperti ini tidak boleh digunakan semasa hamil. Beberapa minggu selepas bersalin, kulit anda sepatutnya akan kembali kepada keadaan sebelum hamil.

jerawat saya tak tumbuh kat muka je..he..he..siap bertempek kat belakang ..muka yag berminyak dah jerawat batu yg tak pernah ada ..sekarang dah ada itu adalah perubaha hormon yg tinngi ..janga risau semasa hamil ni je ..kalau dah lepas bersalin harap semua jerawat tu hilang..he..he..

Tiada ulasan: