Mengenai Saya

Isnin, 24 September 2012

Resepi



KEK BATIK MILO baru siap..kek paling murah bajet cuma rm10 je..senang di buat dan sedap di makan..:) you will try it..
Bahan2:-
1/2 Burtter
1 peket milo ( paling kecil sekali )
3 sudu serbuk koko

1/2 tin susu cap Junjung ( suka hati nak susu tin apa jenis terpulang)
1 peket biskut marie

cara2

1.Ambil periuk panas kan dgn api kecil masuk kan butter kacau sampai hancur.
2. Masukan susu tin tadi dan  kacau lepas tu masukan  milo kacau hinga milo tak ketul dan rata..simpan sekali serbuk koko.kacau kembali.
3.Ambil bekas susun sperti saya punya tu..simpan sedikit demi sedikit campuran sampai habis .
4. Ratakan adunan biar kan sejuk dahulu..
5. Simpan dalm peti sejuk selama 3 jam lepas tu boleh ngap..waka..waka...sedap hinga menjilat ..


Kek Mentega Keju@Butter Cheese Cake



Bahan-bahan 
  • 250g Mentega tulen (Pure butter)
  • 250g Krim keju (Cheese Cream)
  • 250g Gula halus (castor sugar)
  • 2 Cawan tepung Tepung gandum (Flour)
  • 5 biji telur (Eggs)
  • 1/4 Sudu teh serbuk penaik (Baking Powder)
  • 1/4 Sudu teh garam
  • 1 sudu besar Esen Vanilla

Cara-cara membuatnya :
  • Masukkan mentega, Cheese, gula dan esen vanilla pukul sampai putih atau gebu.
  • Pecahkan telur sebiji demi sebiji kacau hingga kembang sampai habis kesemua telur.
  • Masukkan tepung, baking powder, dan garam.
  • Kacau perlahan-lahan sampai rata.
  • Ambil loyang bulat, Lapik kertas minyak dan tuangkan. Kemudian panaskan oven pada suhu 170c dan bakar sampai masak.



Selamat Mencuba..!!~



CHILLED (BAKELESS) CHEESECAKE WITH KITKAT 


Bahan-bahan

  • 1 cwn biskut hancur (biskut marie)
    1/3 cup mentega, dicairkan (kt microwave pun boleh)
    500 gm cream cheese (biarkan pd suhu bilik)
    2 sudu teh gelatine yg dilarutkan dgn 1/4 cwn air panas (yg betul2 panas...br lepas mendidih gitu)
    Susu pekat (400gm) 
    1/3 cwn lemon jus
    2 sudu besar parutan kulit lemon
    KIT KAT
    Cara2nya
    Campurkan biskut yg hancur dgn mentega cair dan tekan2 & padatkan pada base loyang springform tin dan sejukkan dlm fridge..
    Pukul cream cheese sampai lembut, masukkan larutan gelatine, susu pekat, lemon jus dn parutan lemon. Pukul smpi adunan sama rata.
    Tuangkan kat atas base yg dh kita sejukkan tadi....lepas tu simpan balik dlm fridge semalaman. Pastu tuang blueberry topping tuh on top of the cake..agak2 lah eh when using the topping..:)
    VERSION KIT KAT
    sebelum add cream cheese pd base tu cha ambil (about 1/2 cup cream cis mixture & 1 tsp.choc emulco klu nk pekat bole tmbh lagi) then marblekan atas cream cheese yg dh dituang ke loyang
    then ambil kit kat patah2kan dan "botox"kan di cream cheese td

    Nak resepi ker? Haha..macam hebat sangat. Takpe la, saya share jugak..kot2 korang teringin nak buat kan. Super simple babes!!


                                    Resepi Pop Corn




    Bahan2..

    1. Biji jagung..(Banyak mana?? ikut suka korang. Saya masak separuh jer..itu pun dah banyak)
    2. 1 sudu besar marjerin
    3. 2 sudu besar minyak masak
    4. Sedikit garam (Anda adalah diingatkan bahawa jika guna salted marjerin takyah bubuh garam)

    Untuk 'manis'kan:
    1. 2 sudu besar marjerin (agak2 la ikut banyak mana pop corn yang korang buat)
    2. 3 suda gula perang..nak guna gula pasir biasa pun voleh jer..

    Cara-caranya:
    - Panaskan minyak & marjerin di dalam periuk. Bila dah cair masukkan biji jagung tadi dan jangan lupa tutup periuk korang tu.
    - korang akan dengar bunyi Pop..pop :). Tunggu sampai bunyi pop tu berhenti.
    - Sesambil tunggu semua dah 'poped' korang boleh sediakan 'gula' dia.
    - Panaskan marjerin hingga cair dan masukkan gula perang tadi. Kacau sampai gula dah cair dan masukkan pop corn yang dah kembang tadi n gaul rata.
    - Dah..siap
     

Kek Lapis Chese



Bahan-bahan ( Acuan 8x8inci )

250 gm topflour(wheat flour)1 sudu makan ovelette6 biji putih telur10 biji kuning telur250 gm krim keju(nak letak xtra keju parut pun lagi sodap..)
4 sudu makan susu pekat400 gm mentega100 gm air ais(air sejuk)280 gm gula kastor



Cara-cara


  1. Pukul telur,gula dan ovelette hingga kembang.
  2. Masukkan tepung sedikit2 diiringi dgn air ais hingga habis.Ketepikan dahulu.
  3. Di dalam bekas lain,pukul mentega dan susu hingga kembang.
  4. Satukan kedua2 adunan tadi dan gaul sebati.
  5. Masukkan pula keju dan gaul lagi hingga rata.
  6. Bakar berlapis2 hingga masak...
  7. Guna api bhgn atas sehingga lapisan habis.Bila siap semua lapisan brla bakar mgunakan api atas n bawah lebih kurang dlm 10-15 minit.
  8. Siap...
Catat Ulasan