Sabtu, 7 September 2013

PANTANG SELEPAS KEGUGURAN


Ikutkan tak tahu pon keguguran kena berpantang macam orang bersalin...petua orang tua-tua cakap keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. ngerinya dengar! lagi satu efek bila tua nanti.. jadi walaupun keguguran jijah mahu berpantang!

1.Kaki berstokin, ikat rambut tinggi-tinggi. pakai kain batik. huhuhuhu

2.Makan pon bukan sebarangan makan. ikan tertentu je boleh makan. tu pon kukus grill panggang. hehehe

3.Baju sejuk pakai setiap masa. panas wooo~~

4.Kena elakkan memakan makanan sejuk seperti ais, labu, kangkung, kacang panjang, timun, rebung, pucuk paku, pucuk ubi, buah buahan sejuk seperti ciku, langsat, betik, jambu, nangka, tembikai..

5.Jangan angkat benda berat

6.Amalkan makan jamu untuk panaskan badan sambil tu kecutkan rahim ( jijah makan kapsul jamu ratu dara)

7. Digalakkan minuman yang panas2 seperti air suam (banyakkan), milo kosong (menambah tenaga)..

8. Buka surah-surah pendinding. ayat kursi, bacaan yasin.

9. Kena makan lada hitam, halia, kunyit. huhuhuhu

10.Asid folik satu biji setiap hari wajib makan.

11. Tempoh berpantang keguguran biasanya 2 minggu hingga sebulan.




Tiada ulasan: