Anak kembar? boleh di kaitkan dari segi genetik dan perubatan moden sebelah aku tak ada kembar kecuali abang ku yg melahirkan anak kembar mungkin dari isteri dia kot tetapi dari sebelah suami aku ada kakak2 dia kembar ..harap-harap saya dan suami juga dapat kembar kalau di tambah dengan ganetik dia dan saya sekarang on clomid..amin..
gambar anak abang aku..
ni gambar sebelah suami aku nampak tak sebelah kiri no 1 dan 2 tu kembar seiras..
SECARA amnya, kehamilan kembar berlaku satu dalam setiap 80 wanita. Cuma, kini peratusannya bertambah akibat
penggunaan ubat kesuburan dalam rawatan kesuburan, terutamanya kaedah persenyawaan tabung uji (IVF).
Tanpa sejarah keluarga, kehamilan kembar lebih kerap berlaku di kalangan golongan usia lebih meningkat
(40 tahun ke atas) terutamanya kembar tidak seiras. Dengan pengambilan ubat subur, kehamilan kembar
boleh berlaku pada mana-mana wanita.
Prinsip rawatan ubat kesuburan adalah untuk merangsang pembesaran satu atau lebih telur matang yang
berpotensi untuk disenyawakan.
Clomid atau mana-mana pil lain yang mengandungi bahan clomiphene citrate boleh memberikan kesan sedemikian.
Bagaimanapun, ia tidak dapat mengehadkan bilangan telur seperti yang dikehendaki dan kesannya tidak sama untuk semua wanita.
PH : Siapa tidak mahu anak kembar kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan